Isnin, 28 Januari 2013

Latihan 6

Pemilihan Bahan Sastera


Latihan 5


A. Sila isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan ayat  tanya yang sesuai.

1.  “_______________ nama guru baharu itu ?” tanya Ali kepada Amira.
2.    _______________ peristiwa 13 Mei 1969 boleh berlaku ?
3.  “_______________ awak akan bertolak pulang ke kampung?” tanya jiran Sufia.
4.  Ibu bertanya kepada ayah. “____________ tema wana baju raya kita pada tahun ini?”
5.  “_______________ harga sekilo ikan sardin ini?” tanya kakak kepada penjual ikan tersebut.


B. Sila bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.

1.  Mengambarkan
2.  Senja kala
3.  Kedekut
4.  Melalui
5.  Televisyen


Cikgu akan berkursus selama 2 hari di Perak. Sila selesaikan latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada Cikgu Liana pada hari jumaat, 01.02.2013.

Jangan lupa siapkan ya....

Jumaat, 11 Januari 2013

LATIHAN 4

Pemahaman

Arahan : Sila hayati video di bawah ini.




1. Berdasarkan bahan ransangan yang diberikan di atas, berikan dan jelaskan pengajaran yang terdapat dalam Hikayat Sang Buaya dan Sang Kancil tersebut.


Sila selesaikan latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada Cikgu Liana pada hari Rabu, 23.01.2013.


Buat yang terbaik ya murid - murid.. =)

LATIHAN 3

Tatabahasa

Arahan : Sila hayati bahan ransangan di bawah ini.






1. Bina 5 ayat tunggal berdasarkan bahan ransangan di atas.
2. Senaraikan 5 pengajaran yang boleh didapati berdasarkan bahan ransangan tersebut.


Sila siapkan latihan ini dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada Cikgu Liana pada hari Isnin, 21.01.2013.


Jangan lupa siapkan ya.... =)

Selasa, 8 Januari 2013

LATIHAN 2

Teka - Teki
Arahan : Selesaikan teka - teki berdasarkan pantun di bawah ini.


Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?


Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.


Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi. 


Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.


Sila selesaikan dan buat dalam Buku Bahasa Malaysia 1 kemudian, 
hantar kepada Cikgu Liana pada hari Isnin, 14.03.2013.

Selamat Mencuba... =)



LATIHAN 1

Karangan Profil

Arahan : Berdasarkan gambar ransangan berikut, bina sebuah karangan pendek
                 bertajuk "Aku Sebuah Kereta ".
                 Panjang karangan mestilah antara 100 - 150 patah perkataan.






Sila tulis dalam Buku Latihan Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada Cikgu Liana
 pada hari Jumaat, 11.01.2013.

Isnin, 7 Januari 2013

Selamat datang adik-adik..!!!! Jom belajar bersama cikgu... =)