Selasa, 8 Januari 2013

LATIHAN 2

Teka - Teki
Arahan : Selesaikan teka - teki berdasarkan pantun di bawah ini.


Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?


Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.


Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi. 


Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.


Sila selesaikan dan buat dalam Buku Bahasa Malaysia 1 kemudian, 
hantar kepada Cikgu Liana pada hari Isnin, 14.03.2013.

Selamat Mencuba... =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan